BEJALAI BETUNGKAT KA ADAT,
TINDUK BEPANGGAL KE PENGINGAT

Spill of thought

video amateur ya...


Hello everyone. Nama berita semua bala kita? (apa khabar semua org?). :) Sebelum dipanjangkan kata bicara, yenyen buat kesekian kalinya ingin menzahirkan jutaan terima kasih buat semua orang yang terlibat dalam Borneo tour ni sama ada secara langsung mahupun tak langsung. Setitk peluh korang sangat dihargai sebab tanpa sokongan kalian tak mungkin dapat Borneo Tour ni dilaksanakan dengan jayanya. TERIMA KASIH..TERIMA KASIH.


Borneo...A Walk To Remember-"Bejalai Betungkat Ka Adat, Tinduk Bepanggal Ka Pengingat"

Mari yenyen tolong terjemahkan tema program ini "Bejalai Betungkat Ka Adat, Tinduk Bepanggal Ka Pengingat"maksudnya (diterjemah satu persatu) melangkah bertongkatkkan adat, tidur berbantalkan kenangan dan dipendekkan maksudnya jadilah A Walk To Remember. Memang niat yenyen ingin menjadikan trip ini trip yang takkan anda2 semua lupakan sampai bila2 pun. Harapan yenyen agar Borneo sentiasa dihati. Sebab itulah yenyen memilih tema tersebut. Tak kira kemana pun korang melangkah suatu hari nanti,, sama ada ke tempat setinggi langit mahupun ke bawah dasar laut.. always remember to follow the rules. (ada ke org nak tempat bawah? you get me??) Dan.. disepanjang perjalanan itu, jangan lupa mengutip kenangan bak kata dr Reza. ^_^v

Borneo.. a walk to remember sangat bertepatan dengan segala apa yang yenyen lalui dari awal yenyen diberikan tanggungjawab melaksanakan program ni sampailah terlaksananya program ini dengan jayanya. Mari berkongsi pengalaman.. sila ambik yang baik sahaja ye.. agak2 yang tak baik tu jadikan peringatan untuk diri sendiri, untuk orang lain boleh jugak. 

Bagi yenyen perjalanan itu bukan mudah. Di saat kekuatan diri melemah, di saat melalui detik sukar dan diperhidangkan dengan perkhabaran demi perkhabaran yang meruntun jiwa dan diheret ke jalan yang bukan mudah yenyen jatuh juga. Hebat sungguh dugaan itu. Nasib ada mereka yang bergelar kawan2 yang prihatin menyalurkan kekuatan dan sokongan. Dan tak lupa mr Sari yang tak pernah jemu menadah telinga mendengar setiap patahkata yenyen.. Anak bapak katakan...hehehehe.. Mengenangkan susah payah itu, maka yenyen berikrar for any trip in the future yenyen bersedia menghulurkan bantuan. Adik2 sekalian.. jangan malu untuk bertanya mahupun mohon bantuan daripada senior2 dan senior2 sekalian sila jangan lokek ilmu. kongsikan dan berikan, nanti akan dapat lagi banyak berganda2.. the more you give, the more you get.  sharing is caring. ^_^v

Birokrasi, protokol dan formality....yenyen tahu bukan yenyen sorang je yang tak suka @ tak berapa nak suka. Ramai je... nak lagi tang BIROKRASI tak masuk dengan seribu satu ragam manusia. Bila berdepan dengan benda alah macam ni.. kesabaran ditahap maksima adalah sangat perlu otherwise apa yang dihajati takkan dapat pun.  Usah putus asa bila birokrasinya berjela dan kadang2 langsung tak boleh nak diterima akal. Berikan saja apa yang dipinta as long as it relevant. Kertas kerja, surat menyurat, justification letter ke, sediakan segalanya untuk hidangan kepuasan hati mereka. hmmm...Tipu kalau tak gentar berdepan dengan orang besar2 ni tapi usahakan diri agar berkeyakinan. By the end, kebaikannya adalah untuk diri sendiri jugak. 

Dan percaturan hidup yang bermacam rencah ini membuatkan yenyen semakin celik. Benar, pengalaman itu mendewasakan, setiap yang berlaku menjadikan diri berfikir jauh ke hadapan, menjadi lebih baik. Tidak sempurna diri tanpa ujian dugaan hati maha hebat lagi dasyat yang sangat menagih segunung keyakinan dan ketabahan di hati, bertunjang kuat mendasari fikiran. Jadi, bilamana sesuatu ujian tertakdir, berat mahupun ringan, menangislah. Kerana kita takkan mampu terpisah dengan fitrah. Tetapi tenanglah, bangkitlah, yakinlah, tiada ujian yang turun tanpa kekuatan dan kita pasti akan temui bekalan kekuatan yang tak pernah kita rasakan. Itulah yang yenyen rasakan, bila diri terheret melalui jalan yang bukan mudah.

By the end of the day, kerana niat yang ikhlas dan kesungguhan hati ingin berbakti, doa kalian didengar. IMS level 11 menjadi saksi titisan  dan jeritan kegembiraan. Perjalanan yang pertama memang bukan mudah tapi manisnya tetap ada. ^_^. Memandangkan masa tidak mengizinkan yenyen menaip lebih panjang. maka yenyen sambung di lain hari.. bagi orang lain lak menyumbang pengalaman merea kat sini. sampai jumpa lagi. Mupok dulu. 

.
**bila dibaca blk..adeh...ayat skematikus sungguh versi A samad Said... haiih...

0 Comments: